Friday 18 February 2022

Anis Azmi : ESP Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih singgah ke blog Anis Azmi 🤗

Harini Anis nak terangkan pada anda semua mengenai ESP 😀

Ada beberapa perkara yang Anis nak HIGHLIGHT tentang ESP iaitu:

🥛 Apa itu ESP?

🥛 Kandungan dalam ESP

🥛 Siapa yang perlukan ESP?

🥛 Kenapa perlu memilih ESP?


APA ITU ESP?

ESP adalah singkatan untuk Energizing Soy Protein atau dikenali juga sebagai nama Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavor.

Dr. Forrest C. Shaklee iaitu founder kepada Shaklee telah mencipta formula protein soya isolat yang pertama iaitu makanan tambahan protein berasaskan kacang soya pada tahun 1961.

Kita dah masuk tahun 2022, means that 61 tahun ESP berada di pasaran dunia dan sampai ke harini masih teguh serta menjadi best seller product di atas permintaan ramai 😊

Ini adalah tong ESP yang pertama iaitu tong berwarna hijau 🤗

So basically ESP adalah supplement yang berasaskan sumber protein dari soya.

Protein pula adalah makanan untuk sel badan. Bila sel-sel dalam badan dapat makanan yang elok sihat semulajadi, maka kesannya akan pergi ke seluruh tubuh.

Kulit jadi cantik, sihat, bertenaga dan banyak lagi.

Kelebihan utamanya adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan menjadi lebih baik.


KEPENTINGAN PROTEIN

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu badan serta merupakan komponen utama kepada hormon manusia. 

Protein turut merangsang fungsi psikologi. 

Jadi, setiap organ manusia memerlukan protein. 

Kekurangan protein dalam tubuh akan memberi kesan yang buruk kepada manusia.


Macamana kalau tak cukup protein? Apa akan berlaku?

😩 Kalau tak cukup protein, badan kita akan rasa lemah, lesu, tak bermaya. Akhirnya menggeletar.

😩 Boleh mengakibatkan gastrik.

😩 Kolesterol tinggi dan tekanan darah rendah boleh jadi pening.

😩 Punca ulser perut + ulser usus.

😩 Luka lambat sembuh akhirnya berparut.

😩 Ganggu penglihatan > lama kelamaan mata akan jadi kabur.

😩 Antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh lawan penyakit yang datang sebab kurang ketahanan. Sebab tu mudah jatuh sakit


KANDUNGAN DALAM ESP

Apa yang terkandung dalam ESP Shaklee ?

❤️ Setiap satu tong ESP diperbuat daripada 30 kg kacang soya yang tidak diubahsuai genetik (Non GMO)

❤️ Setiap satu hidangan ESP menyediakan 14 g protein berasaskan kacang soya non GMO

❤️ ESP satu-satunya produk yang mengandungi kesemua 9 jenis amino asid penting yang tidak mampu dihasilkan oleh badan manusia

❤️ ESP mengandungi 5 sumber vitamin dan tinggi dengan sumber kalsium

❤️ ESP bebas dari asid transfat dan sumber makanan tambahan yang bebas dari cholesterol

❤️ ESP sangat membantu untuk merendahkan paras kolestrol dalam badan kerana kandungan Glisemik Indeks nya yang rendah (Low GI) iaitu 39

❤️ ESP terbukti dapat bantu mengawal paras gula dalam darah, bantu beri tenaga dan rasa kenyang yang lebih lama which is sangat bagus untuk memberi kesihatan yang lebih baik pada jangka masa yang panjang


Apa beza ESP Shaklee dengan produk minuman protein soya yang lain?

ESP adalah salah satu produk yang istimewa kerana soya yang digunakan adalah dari Non-GMO (Tidak diubahsuai secara genetik)

Selain itu, ESP mengandungi lebih kalsium berbanding brand lain

Kemudian ESP diproses menggunakan air bukan alkohol bagi memelihara kandungan isoflavone

Macam yang Anis cakap tadi, ESP satu-satunya produk yang mengandungi 9 jenis asid amino penting yang tak mampu dihasilkan oleh badan manusia

So apakah itu ASID AMINO ?

Asid amino sangatlah penting kepada tubuh badan.

Ia adalah blok binaan asas kepada tubuh. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini.

Sangat penting kepada kesihatan saraf, struktur otot, organ penting, struktur sel dan pengeluaran hormon.


Kandungan 9 asid amino dalam ESP

💜LEUCINE

💜ISOLEUCINE

💜HISTIDINE

💜THREONINE

💜METHIONINE

💜LYSINE

💜THRYPTOPHANE

💜PHENYLALANINE

💜VALINE

Inilah 9 ASID AMINO PERLU yang tak dapat dihasilkan oleh badan tetapi ia ada didalam ESP 🤗

Jadi Anis akan explain serba ringkas apa fungsi setiap satu, 9 asid amino ni


Leucine

✅ Merangsang pembebasan insulin dari pankreas,

melindungi otot dan meningkatkan penghasilan tenaga. 

✅ Menggalakkan pemulihan tisu dan memperbaiki kulit.


Isoleucine

✅ Bersama-sama dengan 2 lagi asid amino iaitu Leucine dan Valine untuk memperbaiki pemulihan otot selepas aktiviti senaman. 

✅ Membentuk hemoglobin dan membantu dalam mengawal paras gula dalam darah

✅ Juga terlibat dalam pembentukan pembekuan darah semasa pemulihan luka.


Histidine

✅ Penting untuk replikasi sel terutamanya pada kanak-kanak dan remaja yang sedang pesat membesar.


Methionine

✅ Membantu dalam proses metabolik, memecahkan lemak dan sumber utama sulfur dalam badan.

✅ Juga kritikal dalam peranan menyingkirkan logam berat seperti merkuri dan lead


Lysine

✅ Membantu mengelakkan jangkitan Herpes.

✅ Fokus menjalankan fungsi pada tisu otot.

✅ Membantu penyerapan kalsium dari saluran intestinal, menggalakkan pertumbuhan tulang dan pembentukan kolagen.


Thryptophane

✅ Penting untuk penghasilan niacin, digunakan untuk penghasilan serotonin yang penting untuk fungsi otak dan saraf yang normal.

Serotonin penting untuk menggalakkan tidur yang lebih lena, menstabilkan emosi, kawalan kesakitan, inflamasi, keradangan, peristalsis pada usus untuk penghadaman yang lancar dan sebagainya.


Phenylalanine

✅ Dikaitkan dengan phenylketonuria (PKU). Tubuh menukarkan phenylalanine kepada tyrosine, iaitu sejenis lagi asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan protein-protein lain, bahan kimia otak, termasuklah L-dopa, epinephrine, norepinephrine dan hormon thyroid.


Valine

✅ Diperlukan untuk metabolisme otot, pembaikan dan pembentukan tisu

✅ Memastikan kadar nitrogen yang mencukupi dalam badan.


Ada 2 jenis asid amino iaitu :

Asid amino perlu - tak dapat dihasilkan oleh badan tapi sangat penting dan ia perlu diambil dari sumber makanan harian.

Ada 9 jenis :

- Isoleucine

- Leucine

- Lisin

- Methionine

- Phenylalanine

- Serine

- Threonine

- Tryptophan

- Valine


Asid amino tak perlu - dapat dihasilkan oleh badan.

Ada 13 jenis :

- Alanin

- Arginin

- Asparagine

- Asid aspartik

- Cysteine

- Asid glutamik

- Glutamin

- Glycine

- Histidine

- Proline

- Tyrosine


Untuk makluman , ESP menyediakan kesemua 22 jenis asid amino perlu & tak perlu. 

Sebab itu mereka yang mengambil ESP akan dapat merasakan badan lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.


GLYCEMIC INDEX (GI)

GI menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. 

Karbohidrat yang memecah dengan cepat mengandungi GI yang tertinggi,

Manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem tubuh manusia. 

Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Dengan kata yang mudah difahami,

GI ni lagi rendah lagi bagus sebab ia akan memberikan tenaga yang berpanjangan


Siapa yang perlukan ESP?

💙 Mereka yang kerap letih

💙 Mereka yang ingin turunkan berat badan

💙 Mereka yang ingin naikkan berat badan

💙 Mereka yang ingin sihat dan cantik

💙 Mereka yang ingin kawal paras gula dalam darah

💙 Mereka yang ada masalah tulang rapuh

💙 Ibu yang sedang hamil

💙 Ibu yang sedang berpantang dan menyusukan anak

💙 Mereka yang ada masalah gastrik

💙 Mereka yang ingin mempercepatkan penyembuhan luka operation / excident


KEBAIKAN DAN MANFAAT ESP

Memberikan tenaga berterusan dan rasa kenyang yang lebih lama.

Badan tak mudah letih dan mengantuk malah lebih bertenaga.

Sangat sesuai untuk mereka yang bekerja, pelajar, warga emas, lelaki, ibu hamil, ibu berpantang, ibu menyusu dan suri rumah

Membantu dalam proses penurunan berat badan

Glycemic Index yg rendah iaitu 39, membantu mengawal selera makan


Membantu menaikkan berat badan juga

ESP bantu menaikkan berat badan bagi yang ada masalah kurang BMI.

Dengan cara makan seperti biasa kemudiannya ambil ESP selepas makan


Menyihatkan kulit, memudarkan parut jerawat & jeragat serta mencerahkan kulit wajah

ESP bantu renew sel kulit, maka parut akan mudah pudar


Mencantikkan kuku dan menyihatkan rambut

Kuku tidak mudah patah.

Mengurangkan masalah keguguran rambut dengan menguatkan akar rambut.


Mengawal paras gula dalam darah

Orang yang mengidap kencing manis boleh minum ESP


Bantu merendahkan paras kolesterol

Kandungan ESP yang zero kolesterol dan bebas asid transfat yang sangat menyihatkan, sekaligus ia bantu mengurangkan risiko penyakit jantung


Bantu mengurangkan risiko osteoporosis iaitu tulang rapuh

ESP yang tinggi dengan sumber kalsium membantu menguatkan tulang


Bagus untuk ibu hamil

Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi.

Ambil lebih protein untuk:

• Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.

• Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat.

• Membantu para ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak


Bantu meningkatkan penghasilan susu ibu

Sangat bagus diambil oleh ibu berpantang kerana ESP bantu memperbanyakkan susu badan.

Susu badan yang dihasilkan juga lebih berkualiti


Bantu kawal hormon wanita

ESP berasaskan kacang soya yang mengandungi Isoflavone,

dimana ia membantu untuk menstabilkan hormon wanita


Bantu tingkatkan kesuburan dan menguatkan rahim

Sangat bagus diambil oleh ibu hamil kerana ia bantu menguatkan rahim.

Bagus juga diambil oleh mereka yang ikhtiar untuk hamil kerana ESP bantu kuatkan otot dan rahim, membaiki sel rosak, kawal paras gula dalam darah.

Kerana gula yang tinggi berpotensi hadapi risiko keguguran


Bantu atasi masalah gastrik

ESP bantu renew sel dinding perut yang rosak disebabkan oleh rembesan asid


KENAPA PERLU MEMILIH ESP?

KEISTIMEWAAN ESP

💛 ESP mempunyai kajian klinikal yang komprehensif dan diiktiraf di seluruh dunia.

💛 Kacang soya yang digunakan adalah semulajadi dan tidak diubahsuai genetiknya.

💛 Mempunyai sijil penghasilan sendiri (Identity Preserve Programme, IPP) dimana ia memastikan soya yang digunakan dalam ESP tidak melalui sebarang perubahan genetik.

💛 Proses penghasilannya juga melibatkan kadar suhu yang rendah dan dicuci dengan air untuk memastikan isoflavones, genistein, dan daidzein dapat dikekalkan

💛 Mempunyai scor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – Iaitu penarafan tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan

Nak dapatkan ESP boleh contact Anis 

011 69583720