Friday 30 November 2018

Anis Azmi: Fakta Menarik Mengenai Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee


Pada sekitar tahun 1920an, beberapa jenis asid lemak omega-3 telah ditemukan. Penyelidik mendapati zat yang dijumpai sangat penting untuk kesihatan tubuh dan menepati kriteria saintifik bagi dikategorikan sebagai vitamin. Asid lemak ini telah dinamakan dengan nama vitamin F pada ketika itu!

Menurut kajian di dalam 'journal of clinical nutrition' orang Eskimo di Greenland mempunyai kadar penyakit jantung 85% lebih rendah berbanding dengan mereka yang berada di U.S. Perbezaan adalah ketara didapati dalam diet harian mereka. Mereka mengambil omega-3 yang sangat tinggi dalam diet harian.

Penduduk di kawasan Okinawa, Jepun mempunyai hidup yang lebih panjang dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Mereka di Okinawa dikatakan mempunyai lebih tenaga, kelihatan lebih muda berbanding kawasan kawasan lain di dunia. Apakah rahsia mereka?

Rahsia penduduk Okinawa untuk hidup lebih lama dan sihat adalah dengan mengamalkan diet yang tinggi dengan omega-3 dan antioksidan.

Omega-3 yang terdapat di dalam tumbuhan adalah sangat berbeza daripada omega-3 yang di dalam ikan. Sekiranya anda bercadang mendapatkan omega-3 dari sumber tumbuhan, anda berisiko untuk mengalami kekurangan beberapa jenis zat omega-3 yang terkandung di dalam sumber ikan.

Mengikut kajian terkini dari Harvard University- Kekurangan asid lemak omega-3 adalah salah satu dari 10 punca utama kematian di Amerika. Punca utama kekurangan Omega-3 dalam diet adalah pengambilan berlebihan makanan yang digoreng serta makanan ringan dan segera.

Menurut American Heart Association(AHA), ujian klinikal menunjukkan bahawa omega-3 efektif dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Ia menurunkan paras kolesterol jahat(LDL) dan meningkatkan paras kolesterol baik(HDL).


Sel di dalam tubuh berhubung menggunakan komunikasi 'wireless'. Omega-3 memastikan sel sel ini sentiasa berhubung. Jika anda tidak mempunyai cukup omega-3, komunikasi sel ke sel anda akan terganggu. Ini sangat penting terutama pada bahagian otak dimana ia boleh mengganggu emosi, proses pembelajaran, konsentrasi dan ingatan.

Omega-3 terlibat dalam hampir keseluruhan fungsi dalam tubuh dan merupakan binaan penting untuk setiap sel di dalam tubuh! Ia diibaratkan seperti 'pengawal' di dalam sel. Ia menjadi bahan binaan bagi lapisan membran yang mengelilingi sel.

Kajian juga terbukti menunjukkan DHA meningkatkan hubungan antara transmisi maklumat dan neuron untuk daya ingatan yang lebih kuat dan sempurna. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut mencadangkan pengambilan DHA dalam kuantiti 10-12mg bagi setiap kilogram berat badan budak berusia antara 12-24 bulan.


Terdapat 3 jenis zat omega-3, ALA(alpha lenolenic acid), DHA(docosahexaenoic acid) dan EPA(eicosapentaenoic acid). Zat yang lebih diperlukan tubuh adalah DHA dan EPA dari sumber makanan laut seperti ikan salmon dan sardin, manakala ALA pula didapati dari sumber tumbuhan termasuklah kekacang dan bijirin.

Kajian menunjukkan bahawa EPA dan DHA lebih efektif berbanding ALA dalam mengurangkan keradangan dalam tubuh. Omega-3 boleh mengurangkan simptom 'morning stiffness', bengkak dan sakit pada sendi.

Omega-3 membantu penghasilan 'eicosanoid'. Ia mempunyai kesan pada banyak fungsi tubuh termasuk kesuburan, pencernaan, fungsi buah pinggang, pernafasan, peredaran darah, kesihatan jantung dan pertahanan imun badan.

Kajian dari Australia menunjukkan mereka yang mengambil asid lemak omega-3 bersama program senaman boleh membakar lebih lemak berbanding mereka yang menjalani program senaman tanpa mengambil asid lemak omega-3.

Tubuh kita tidak mampu menghasilkan asid lemak omega-3. Oleh itu, adalah penting kita mendapatkannya dari makanan harian yang kita ambil. Sumber omega-3 yang terbaik adalah dari jenis ikan


Click link bawah ni
📲 http://www.wasap.my/60177832740

Anis Azmi
Shaklee Business Leader
017 7832740

Nak mendaftar ahli, click sini

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1189725