Assalamualaikum wbt😊 Harini Anis nak berkongsi tempat tempat menarik yang kami laki bini lawati sepanjang percutian di Langkawi selama 3 hari 2 malam😊 Selamat menjamu mata dengan pemandangan pemandangan yang sangat menarik! Rasa macam nak pergi lagi hehe😁 iAllah next time
Selepas kaki kami jejak di bumi Langkawi, tempat pertama yang kami tuju ialah hotel. Kami menginap di LANDCONS HOTEL. View hotel ni sangat cantik!😍 Siap ada swimming pool and kerusi malas untuk kami menikmati pemandangan. Hotel yang sangat strategik kerana ia betul betul berhadapan dengan Underwater World Langkawi, Pasar Malam Chenang dan juga Pantai Chenang!

Tempat seterusnya yang uolllss wajib pergi ialah UNDERWATER WORLD LANGKAWI. Dalam tu banyak sangat hidupan laut yang sangat unik. And maybe ada yang uolllss tak pernah lihat tau. So bila bercuti ke Langkawi, jangan lupa datang. Lets enjoy some of the pic hidupan laut yang ada dalam Underwater World Langkawi😊
 |
Kuda laut |
 |
Anis tak pasti apa nama dia. Nanti korang g sana, korang cek ok😊 |
 |
Cantik kan? Tak silap dia ni antara spesis belut jugak |
 |
Badan berbelang tapi ni bukan kuda belang ya😜 |
 |
Batu karang yang sangat cantik. Warna warni! |
 |
Penguin |
 |
Sotong kurita besar gedabak |
 |
Comel sangat |
 |
Tapak sulaiman |
 |
Ketam gergasi! Besar tau |
Ok. Next place is CABLE CAR😊 Masuk dalam ni ada pakej pakej yang diorang dah sediakan. So uolllss just pilih je ikut bajet. Anis masuk sky dome, cable car and sky rex. Dalam pakej tu jugak, dapat melawat crocodile farm sekali.
 |
Dalam cable car sambil menikmati pemandangan yang sangat indah. Subhanallah |
 |
Diselaputi kabus tebal. Sungguh mendamaikan jiwa |
 |
Dia ni staff Sky Rex. Terfemesss tanpa sengaja🙈 Kami tengah tunggu giliran sebelum dapat berjumpa dengan dinosour. Hehe |
Oh ya jom enjoy apa yang ada dalam CROCODILE FARM pulak
 |
Ternganga besar mulut. Sekali ngaappp habesss. Buaya sedang landing landing😃 |
 |
Tengah bagi anak anak buaya makan. Makanan buaya ada jual kat situ jugak😊 |
 |
Terkejut omak!! Ni buaya betul tau. Tapi yang telah di awet lerr. Kalau buaya hidup dah lama aku lari tak cukup tanah haha |
Seterusnya, jom kita masuk ke tempat lagenda iaitu KOTA MAHSURI. Dalam ni kita boleh menimba ilmu dan belajar sejarah mengenai mahsuri serta salasilah keluarganya
 |
Antara rumah yang ada dalam perkampungan Mahsuri |
 |
Buaian berendoi |
 |
Makam Mahsuri. Jempu baca info ya |
 |
Iolllss nak main congkak jap😘 Kesian main sorang sorang kan haha |
ISLAND HOPING jangan lupa tau!
 |
Rehatkan minda dan jiwa di Tasik Dayang Bunting |
 |
Ehh ada monyet yang menemani perjalanan kami di Tasik Dayang Bunting. Banyak lagi konco konconya tau |
Next, Pulau Singa Besar. Dekat sini kita akan berhenti untuk melihat dan memberi makan helang sungai. Nak tengok helang sungai tak?😄 Sila sengetkan kepala dan kira ada berapa ekor helang sungai dalam gambar tu heee
 |
Terima kasih kerana sudi menyengetkan kepala anda serta mengira helang sungai dengan betul. Nah bunga🌹🌹🌹 |
 |
Pulau Beras Basah. Allah! Sungguh cantik view pulau ni. Air dia biru dan jernih!😊 Alhamdulillah moga bertambah iman kepada Allah melihat ciptaanNya yang Maha Hebat |

Yang ni tak ingat nama dia apa. Sebelum balik, pemandu bot tu bawak kami ke sini. Boleh tengok, pegang and bagi makan hidupan yang ada kat situ. Ikan kat situ besar! Penyu pun ada! Kalau nak pegang secara real, nahh ini lah tempatnya😊 Anis nak bagi uolllss tengok ikan ikan besar. Enjoy tau😊
 |
Berkocak air💦💦💦 |
 |
Haa. Nampak tak? Besar kan ikannya😊 |
Last but not least, souvenier for my family and rakan rakan terdekat. Tak sah datang Langkawi kalau tak beli coklat!
Moga bermanfaat!😊 Thank you sudi baca!😘