Monday 13 August 2018

Anis Azmi: Apa itu ESP Shaklee?


Nama panjang ESP ialah Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour. Tapi biasa lebih terkenal dengan panggilan ESP.๐Ÿ˜Š

KENAPA ESP?

๐Ÿ†— ESP ni diproses pada kadar suhu yang rendah demi menjaga kualiti protein.

๐Ÿ†— Yang lagi best, ESP bersifat rendah lemak, takda kolesterol, takda asid uric & sebab tu ESP sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

๐Ÿ†— Dalam setiap satu tong ESP shaklee yang beratnya 850gm, ia dihasilkan daripada 30kg kacang soya tau. Hebat kan?๐Ÿ˜

๐Ÿ†— Lepastu ESP ni mengandungi 5 sumber vitamin & 4 sumber mineral dan mempunyai indeks glisemik yang rendah iaitu 39. Jadi memang sangat sesuai untuk pesakit kencing manis yang nak amalkan ESP sebagai supplement harian๐Ÿ˜Š

๐Ÿ†— ESP lengkap dengan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan.. Korang actually faham tak asid amino ni apa sebenarnya? Hihi meh Anis explain serba sedikit

Apa itu ASID AMINO ?

Asid amino sangat penting kepada tubuh. Ia adalah blok binaan asas kepada tubuh. Tubuh kita dibangunkan oleh blok-blok binaan ini. Sangat penting kepada kesihatan saraf, struktur otot, organ penting, struktur sel dan pengeluaran hormon.

Protein terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut kepada keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Asid amino perlu - tak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh tapi sangat penting dan ia perlu diambil dari sumber makanan harian.

Ada 9 jenis :
- Isoleucine
- Leucine
- Lisin
- Methionine
- Phenylalanine
- Serine
- Threonine
- Tryptophan
- Valine

Contoh makanan yang ada asid amino

So lebih senang kita ambil ESP sahaja sebab ESP dah lengkap dengan kandungan asid amino yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh badan๐Ÿ˜Š

Asid amino tak perlu - dapat dihasilkan oleh badan.

Ada 13 jenis :
- Alanin
- Arginin
- Asparagine
- Asid aspartik
- Cysteine
- Asid glutamik
- Glutamin
- Glycine
- Histidine
- Proline
- Tyrosine

ESP Shaklee menyediakan kesemua 22 jenis asid-amino perlu & tak perlu. Sebab itu, kita yang consume ESP Shaklee akan rasa badan lebih segar dan bertenaga sepanjang hari. Macam Anis sendiri, pernah skip beberapa hari minum ESP memang rasa lain macam pada tubuh. Tak cergas dan tak bertenaga seperti biasa, bila malam pula cepat letih dan mengantuk.


Bukan sebab ESP ni magic tau๐Ÿ˜‰ tapi kandungan dalamnya yang memang tubuh badan kita perlukan.

Setiap hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu. Hebat sangat


Okay. Anis nak explain sikit fungsi 9 asid amino perlu yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh kita, tapi tubuh kita perlukan. Dan semuanya ada dalam ESP.

Histidine – Ia digunakan oleh badan untuk membina dan mengekalkan tisu yang sihat. Tahap histidine yang mencukupi adalah penting untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Isoleucine – Ia diperlukan oleh badan untuk proses sintesis hemoglobin, iaitu unser utama sel darah merah.

Leucine – Bermanfaat untuk kulit, tulang dan rangkaian penyembuhan luka. Ini mendorong hormon pertumbuhan sintesis.

Lysine – Diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang pada anak-anak, membantu dalam penyerapan kalsium dan menjaga keseimbangan nitrogen yang penting dalam tubuh, menghasilkan antibodi, hormon, enzim, pembentukan kolagen serta pembaikan rangkaian. Lysin juga membantu tubuh menyerap kalsium, dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, suatu zat yang penting untuk tulang dan rangkaian, termasuk kulit, tendon, dan tulang rawan.

Methionine – Merupakan antioksidan. Ini membantu dalam pemecahan lemak dan membantu mengurangkan degenerasi otot. Ini juga baik untuk kesihatan kulit dan kuku.

Phenylalanine – Bermanfaat bagi kesihatan sistem saraf. Ia meningkatkan memori, mengurangkan kemurungan dan meningkatkan nafsu makan.

Threonine – Menyeimbangkan protein dalam badan supaya tidak ada kekurangan atau banyak protein. Membina protein daripada asid amino yang membentuk tisu badan dari rambut hingga kaki dan menstabilkan paras gula dalam darah.

Tryptophan – Diperlukan untuk sintesis neurotransmitter serotonin. Ini membantu meringankan migrain dan kemurungan. (Makanan sumber triptofan).

Valine – Penting untuk pembinaan otot. Kesan sampingan kandungan valine dalam tubuh termasuk halusinasi. Kelebihan valine pertumbuhan normal, memperbaiki rangkaian, mengatur kandungan gula darah, dan memberikan tenaga kepada tubuh. Valin membantu merangsang sistem saraf pusat, dan diperlukan untuk fungsi mental yang normal.

Dah terpukau tak dengan kehebatan ESP Shaklee ni? ๐Ÿ˜ Sebab tu dia jadi kegemaran rakyat Malaysia tau๐Ÿ˜Š Siapa belum cuba, Anis sarankan korang cuba dan rasakan efeknya sendiri๐Ÿ˜˜

Jom buat pesanan sekarang, click je link ni ya

http://www.wasap.my/60177832740

Nak mendaftar sebagai ahli Shaklee pun boleh๐Ÿ˜Š

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1189725