Monday 26 February 2018

Anis Azmi: B Complex Shaklee

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua😊

Alhamdulillah harini Anis berkesempatan untuk menulis mengenai B complex😊 B complex ni merupakan salah satu produk hot di Shaklee tau dan Anis sendiri amalkan😀

Biasanya supplement vitamin B ni mudah diperolehi dari farmasi.. Tapi harini Anis nak kupas kenapa ramai yang memilih b complex Shaklee berbanding dengan vitamin b lain dekat pasaran luar😀

So topik yang akan Anis cover harini ialah:

❤ Apa itu B COMPLEX

❤ Apa KANDUNGAN B COMPLEX Shaklee?

❤ Apakah KELEBIHAN B COMPLEX mengikut peringkat umur dan keperluan ibu ibu?

❤ Apakah MANFAAT UTAMA DAN KHASIAT B COMPLEX?

❤ Bagaimana CARA MAKAN B COMPLEX dan tahan berapa lama?

❤ Adakah B Complex Shaklee akan menyebabkan KEGEMUKAN?

❤ Kenapa URIN BERWARNA KUNING selepas ambil B Complex?

❤ Apakah KESAN KEKURANGAN B COMPLEX dalam badan?

APA ITU B COMPLEX?




B complex adalah vitamin larut air. Bermaksud ia tidak dihasilkan atau disimpan oleh badan. Jika kekurangan akan mengalami kesan seperti masalah saraf dan metabolisme badan. That why untuk mereka yang ada masalah saraf digalakkan juga amek b complex ni😊

So vitamin b ni boleh didapati dari makanan atau supplement ya. Contoh makanan seperti ayam, ikan, tuna, salmon, sayuran berdaun hijau, brokoli, yogurt, susu, keju dan lain lain😊

APAKAH KANDUNGAN B COMPLEX SHAKLEE?

B complex shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik


Vitamin B complex Shaklee adalah yang PALING LENGKAP di pasaran dan ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folic. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap tau. So sangat penting untuk memilih vitamin B complex yang lengkap ya kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain.

Vitamin B complex yang TERBAIK seharusnya lengkap dengan 8 jenis vitamin B :

1. THIAMINE MONONITRATE(B1)- menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisme badan

2. RIBOFLAVIN(B2)- memproses asid amino dan lemak. Dan juga mengaktifkan vitamin B6 dan asid folic

3. NIACINAMIDE(B3)- membantu mengurangkan kolesterol dalam darah dan pengaliran kolesterol dalam darah, membantu kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan

4. CALCIUM D-PANTOTHENATE - membantu kurangkan stress dan penuaan pramatang

5. PYRIDOXINE HYDROCHLORIDE(B6)- merupakan vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin dalam otak kerana ketidakseimbangan serotonin dalam otak akan mengakibatkan depresi

6. FOLIC ACID- bersama vitamin B12 dalam penghasilan sel darah, ia bantu fungsi neurotransmitter dan juga aktiviti mengurangkan depresi dalam badan

7. CYANOCOBALAMINE(B12)- mengawal kesihatan sistem saraf dan bantu pembinaan sel darah

8. BIOTIN - metabolisme badan, pertumbuhan rambut, pertumbuhan kuku, menjaga paras gula dalam darah

❤ B1, B2, B3, B6, biotin, pathothenik acid membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada TENAGA

❤ Folic acid dan B12 membantu pembentukan sel darah merah dalam tubuh. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang MERANCANG KEHAMILAN SEBELUM KONSEPSI dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg

Serotonin tu adalah sejenis hormon yang berfungsi sebagai neurotransmitter (penghantar pesan) dari satu bahagian otak ke bahagian otak yang lain

APAKAH KELEBIHAN B COMPLEX MENGIKUT PERINGKAT USIA DAN KEPERLUAN IBU IBU?

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK KANAK KANAK

❤ merangsang pertumbuhan

❤ meningkatkan kemampuan berfikir

❤ memberikan tenaga tambahan

* boleh diambil 15 tahun ke atas

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

❤ menambah tenaga

❤ mengurangkan stress

❤ melambatkan proses uban di rambut

❤ membantu meningkatkan konsentrasi

❤ mengatasi masalah urat bersimpul

KELBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

❤ amat diperlukan untuk pembentukan bayi dalam kandungan dan aktiviti sel genetik. Kekurangan b complex bagi ibu mengandung boleh menyebabkan RISIKO KECACATAN PADA BAYI TERMASUK KECACATAN OTAK. Ia juga meningkatkan risiko bayi untuk mendapat MASALAH JANTUNG

❤ mencegah anemia(tekanan darah rendah)

❤ dilengkapi asid folic untuk menguatkan rahim ibu mengandung

KELEBIHAN B COMPLEX UNTUK IBU BERPANTANG DAN MENYUSU

❤ elak meroyan (kawal emosi ibu ketika berpantang) - memberikan hormon gembira

❤ memberikan kesihatan yang baik

B complex bukan sahaja boleh diamalkan oleh wanita malah bagi lelaki juga bagi membekalkan keperluan vitamin B mencukupi dalam badan, memberikan tenaga serta kesihatan yang lebih baik😊


APAKAH MANFAAT UTAMA DAN KHASIAT B COMPLEX?

1. Menukarkan makanan kepada tenaga
- b complex bantu tukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan keletihan

2. Melawan tekanan
- b complex memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala dan kemurungan. Juga dikenali sebagai vitamin anti stress

3. Membantu tumbesaran
- menggalakkan pertumbuhan yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2. Membantu pembinaan DNA dan sel sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang

4. Kesihatan rambut
- memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban

5. Kesihatan mata
- mengurangkan keletihan mata, katarak, meningkatkan penglihatan mata jika diamalkan secara konsisten. Bagus juga untuk memperbaiki memori

6. Mengurangkan risiko anemia
- membantu pembentukan sel darah merah yang sihat, merangsang peredaran darah dalam tubuh badan

7. Meredakan senggugut

8. Mengurangkan risiko Perleche
- luka pada sekitar mulut, rekahan pada mulut, jangkitan lidah, nafas berbau

9. Mengurangkan alahan
- Contoh resdung dimana ia berfungsi menjaga bendalir hidung

10. Kecantikan wajah
Terutama untuk mereka yang ada masalah TONA KULIT TAK SEKATA. B complex bantu untuk galakkan peredaran darah yang baik

BAGAIMANA CARA MAKAN B COMPLEX DAN TAHAN BERAPA LAMA?

Sebotol b complex shaklee mengandungi 120 biji. Ambil sebiji sehari selepas breakfast..  Yang penting harga murah dan mampu milik!!! 😍😍😍 Tak sampai rm70 pun

ADAKAH MAKAN B COMPLEX SHAKLEE AKAN MENYEBABKAN KEGEMUKAN?

TIDAK BENAR. Fungsi b complex adalah menukar makanan kepada tenaga. Jadi sebab itu mungkin pengguna akan cepat berasa lapar

Sebenarnya bila rasa lapar, kita dinasihatkan untuk minum air masak😀 Jika ingin makan pilih makanan ringan yang berkhasiat seperti buah buahan😊

And lagi satu vitamin ni dia bersifat untuk cukupkan nutrisi dalam badan. Jika nutrisi cukup, b complex tidak akan memberikan kesan kepada selera makan

Anis pun amalkan b complex ni sejak dari hari pertama Anis kenal Shaklee hingga sekarang.. Berat badan ok je.. Tak obes pun😁

KENAPA URIN BERWARNA KUNING SELEPAS AMBIL B COMPLEX?

Warna kuning pada urin adalah disebabkan oleh KANDUNGAN RIBOFLAVIN (VITAMIN B2). Pastikan minum air secukupnya dan urin anda akan kembali normal😊

APAKAH KESAN KEKURANGAN B COMPLEX DALAM BADAN?

✳ Lemah sistem saraf

✳ Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung

✳ Pembentukan sel abnormal

✳ Mengakibatkan anemia

✳ Masalah depresi (tekanan perasaan)

✳ Kehilangan daya memori

✳ Cepat letih

✳ Sesak nafas

✳ Insomnia

✳ Kurang fokus

✳ Mudah tersinggung

Jika anda perlukan b complex dengan harga berpatutan, boleh hubungi Anis di talian tertera atau click sahaja link ini😊

http://www.wasap.my/60177832740

Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee di sini😊

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1189725